Soalan:Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh media massa untuk menggalakkan warga emas kekal aktif?
Tuesday, 17 April 2012 15:18
0 comment(s)
Pada masa kini, para pemerintah bergiat semangat dalam usaha menggalakkan warga emas supaya bergiat aktif. Ini kerana Singapura sedang mengalami masalah kekurangan masyarakat serta masalah kebanyakan warganegara semakin meningkat usia. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil oleh pemerintah demi menjamin ekonomi dan kebahagiaan para warganegara terutamanya yang lebih tua. Contohnya, pelbagai video telah dimuat naikkan atau sentiada terpapar di skrin televisyen demi memberi kesedaran kepada warga emas tentang manfaat bergiat aktif. Video-video ini boleh mengandungi cara-cara untuk menjaga kecergasan dan kecerdasan. Di Singapura, ramai warga emas lebih suka menonton televisyen atau berehat di rumah sahaja. Oleh itu, pelbagai program khas telah dianjurkan untuk menggalakkan semangat warga-warga emas ini. Contohnya, larian amal dan acara senamrobik sentiasa diadakan di bawah blok rumah. Selain itu, pemerintah juga kerap mengeluarkan video-video dan iklan-iklan yang mempunyai mesej yang tertentu. Kadangkala, video yang ditayangkan ini amat menyentuh hati. Oleh itu, ia mampu menarik perhatian warga emas ini dan lebih menggalakkan mereka.
Selain yang sudah dicakap, saya berpendapat bahawa setiap orang anak haruslah menjamin hubungan yang rapat dengan ibu bapa serta bijak menyokong mereka apabila mereka sudah tua nanti. Ini akan membantu untuk meringankan beban mereka serta memberi mereka harapan bahawa mereka tidaklah terlalu tua untuk bergiat aktif. Seterusnya, saya berharap semoga lebih banyak peluang pekerjaan akan diberikan kepada mereka untuk bukan sahaja menggalakkan semangat antara mereka tetapi untuk juga menyumbang kepada ekonomi.
Dibuat Oleh: Sanjna; 3Respect
apakah yang telah dilakukan oleh pemerintah untuk menolong warga emas
06:20
0 comment(s)
Pemerintah telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat bersenam di mana warga emas boleh menghabiskan masa mereka dengan menyenam ataupun berborak dengan kawan mereka. Pemerintah juga telah mengasingkan tempa duduk di bas dan juga di kereta api di mana tempat duduk itu hanya boleh diduki oleh seseorang warga emas. Selain itu, pemerintah juga telah menyediakan organisasi-organisasi di mana pekerja-pekerja akan pergi ke rumah warga emas untuk membersihkan, membaiki atau mencantikkan rumah warga emas tersebut. Harga-harga ubat juga telah disesuaikan untuk warga emas supaya mereka boleh mampu membeli benda tersebut
AKMALL
05:37
0 comment(s)
Warga emas di singapura menghadapi bermacam-macam masalah.Misalnya,ada orang-orang tua yang tidak bernasib baik dan setelah menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh,mereka dihantar ke rumah tumpangan orang-orang tua apabila anak-anak mereka sudah berjaya.Selain itu ada daripada mereka yang tidak mempunyai anak dan disebabkan kos pembelanjaan di Singapura yang sangat tinggi mereka terpaksa bekerja walaupun sudah berlanjut usia.Disebabkan usia mereka mereka terpaksa membuat kerja-kerja yang bergaji rendah.Kajian mengatakan bahawa 37.5 % daripada warga emas yang bekerja walaupun mereka sudah lebih tua daripada 62 tahun,bekerja sebagai penyapu sampah dan pekerjaaan yand sebegitu.Media mass telah mengambil beberapa langkah untuk mentangani isu-isu ini.Misalnya baru-baru ini MCYS telah mengadakan kempen mengalakkan anak-anak menjaga anak mereka.Dalam kempen ini sebuah iklan telah ditayangkan di televisyen.Iklan ini mendapat respons yang sangat mengalakkan.Selain itu banyak iklan yang lain tentang warga emas juga ditayangkan di televisyen.Selain iklan cerita- cerita daripada zaman nenek-moyang kami juga lebih kerap ditayang di televisyen.Cerita-cerita ini menghiburkan hati warga emas itu dan juga menolong minda mereka untuk lebih aktif.
-Tarif
Tugasan Hujung Minggu
Tuesday, 10 April 2012 08:22
0 comment(s)
Soalan: Apa yang boleh dilakukan oleh keluarga agar warga emas kekal aktif?
Pertama sekali,ahli keluarga boleh meluangkan masa bersama mereka(warga emas). Contohnya bersiar-siar dengan bercuti bersama keluarga atau membawa mereka beriadah di pantai. Dengan ini, warga emas tidak akan terkurung di dalam rumah mereka dan berasa bosan. Oleh kerana warga emas ini sudah lanjut usia, mereka lebih mudah untuk mendapat penyakit seperti 'osteoporosis', masalah pendengaran dan sebagainya. Oleh itu,keluarga digalakkan untuk meluangkan masa dengan warga emas untuk merapatkan silaturrahim antara mereka dan juga dapat membawa kesan positif kepada moral warga emas tersebut kerana mereka tidak akan berasa bahawa mereka tidak berguna kerana keluarga mampu meluangkan masa bersama mereka.
Selanjutnya, keluarga juga dapat memainkan peranan dalam memastikan warga emas kekal aktif melalui mengamalkan pemakanan yang sempurna serta senaman yang mencukupi. Warga emas kini kebanyakkan sudah bersara dan tidak bekerja. Mereka akan cepat berasa bosan dan untuk menghilangkan perasaan bosan contohnya nenek saya, akan menonton televisyen drama atau makan masakkannya tiap-tiap hari. Namun, ini tidak sihat! Oleh itu, saya menggalakkan keluarga untuk bermula menjaga pemakanan mereka dan memilih makanan yang lebih sihat serta berkhasiat bersama warga emas. Dengan itu, warga emas tidak akan lebih jatuh sakit kepada penyakit-penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Dengan melakukan senaman yang mencukupi, warga emas dapat mencergaskan badan serta mencerdaskan minda mereka. Mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia!
Kemudian, keluarga juga dapat membawa warga emas ke kelab masyarakat. Melalui ini, warga emas dapat mendamba ilmu mereka dengan mendaftar diri mereka untuk pelbagai kursus-kursus yang ada seperti kursus memasak atau menjahit.Warga emas dapat meraih pengalaman baru dan kehidupan yang lebih gembira. Selain itu, warga emas juga dapat bersembang bersama kawan-kawan mereka dan tidak akan berasa bosan. Contohnya, keluarga membeli kad PASSion untuk warga emas supaya mereka dapat mendaftarkan diri mereka untuk kursus-kursus dengan harga yang lebih murah. Warga emas tidak akan berasa segan untuk ke kelab masyarakat sekarang!
-Nur Fatimah 3Rsp^. _.^ ~meow

Tugasan Hujung Minggu - 8 April
08:10
0 comment(s)
Soalan : Apakah yang telah dilakukan oleh pemerintah dari segi polisi dan kemudahan bagi warga emas untuk kekal aktif?
Pemerintah telah menyiapkan beberapa kemudahan seperti tempat bersenam di taman. Warga tua masih dapat kekal aktif dengan pengunaan tempat bersenam yang khas. Pemrintah juga telah menyediakan skim-skim supaya warga tua dapat membiayai kos perubatan yang kini semakin mahal. Apabila mereka mendapat subsidi daripada pemerintah, warga emas dapat pegi untuk sesi rawatan dengan lebih kerap lagi. Mereka juga berkemungkinan tinggi akan sembuh.
Warga emas diberi diskaun ketika menaiki pengangkutan awam dan juga di tempat rekreasi. Hanya 27% daripada rakyat Singapura antara 25 dan 75 berkata bahawa mereka mempunyai dana yang mencukupi untuk bersara, berbanding dengan 61% warga Thai dan 47% daripada rakyat Malaysia, menurut satu kaji selidik syarikat insurans.
- DIANA∞ 3RSP
- DIANA∞ 3RSP
Monday, 9 April 2012 23:46
0 comment(s)
Satu pogram dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendidik para pelajar tentang apa yang dilakukan agar warga emas kekal aktif ialah untuk mengadakan kelas pendidikian moral. Dengan mengadakan kelas seperti ini, para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana warga emas boleh kekal aktif. Selain daripada itu, mereka boleh belajar bagaimana untuk menghormati keperluan warga-warga emas. Para pelajar harus memahami perasaan dan keupayaan warga emas itu juga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kekal aktif.
Selain daripada itu, pihak sekolah boleh menunjukkan video-video yang dapat membuat para pelajar menyedari keperluan dan keupayaan warga emas. Jika warga emas tidak kekal aktif, mereka lebih senang untuk mendapat penyakit nyanyok. Untuk mencegah perkara itu daripada berlaku, warga emas harus sentiasa kekal aktif supaya badan mereka cergas dan minda mereka cerdas.
Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan aktivti seperti lawatan ke rumah tumpangan orang-orang tua. Dengan membiarkan para pelajar berinteraksi dengan warga emas yang ada di situ, mereka dapat memahami hidup seharian mereka dengan lebih mendalam. Para pelajar juga boleh menyaksikan aktiviti-aktiviti senaman yang dijalankan untuk warga emas yang ada di rumah tumpangan tersebut.
Akhirnya, guru-guru boleh memberikan projek atau memberi karangan yang ada kena mengena dengan warga emas. Ini akan mengalakkan para pelajar untuk membuat kajian tentang bagaimana warga emas kekal aktif.
-SHAFIKAH

Tugasan Hujung Minggu - 9 April
07:11
0 comment(s)
Soalan diberi : Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh masyarakat (badan bantu diri) dan jiran bagi warga emas kekal aktif .
Masyarakat kini telah menyediakan pelbagai aktiviti - aktiviti untuk para warga emas seperti kelas - kelas TaiChi atau Qigong yang boleh didapati di kelab masyarakat. Justeru, aktiviti - aktiviti itu dapat mencerdaskan minda - minda mereka dan juga mencergaskan badan - badan mereka. Tambahan pula, warga - warga tua yang menyertai aktiviti -aktiviti ini dapat menghindarkan diri daripada penyakit - penyakit yang menyebabkan seorang itu menjadi nyanyok seperti penyakit Alzehimer . Dengan kelas - kelas senaman ringan ini tersedia di kelab - kelab masyarakat berdekatan warga - warga tua itu, mereka boleh mendaftarkan diri mereka tanpa menyusahkan diri mereka.
Jiran - jiran juga mempunyai peranan yang agak penting apabila mereka berjiranan dengan warga - warga emas ini. Kelakuan mereka juga dapat membuat warga - warga emas ini menjadi aktif secara mental. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu menegur sapa dan bertanya khabar dengan warga - warga emas ini setiap hari, warga -warga emas ini akan berfikir untuk menjawab soalan - soalan mereka. Justeru, minda mereka akan sentiasa berfikir dan bukan sahaja terkurung.
Kesimpulannya, masyarakat kita menyediakan kelas - kelas yang dapat membuat warga - warga emas kita menjadi aktif secara fizikal and mental jika mereka menyertai kelas - kelas ini. Tidak ketinggalan pula, jiran - jiran kini boleh melibatkan diri dalam berkomunikasi dengan warga - wagra emas ini supaya mereka akan menjadi aktfi secara mental pula . Semua lapisan masyarakat juga dapat menjalankan peranan mereka untuk menyokong warga - warga emas ini untuk mempunyai hidup yang aktif walaupun waktu memamah usia mereka.
~ Nurul Kaiyisah (9)
3Commitment ^___^V