Cerita Kejayaan :) - Siti Nurhayati 2Rsp
Saturday, 23 April 2011 20:17
0 comment(s)
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita. Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain. Kejayaan membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan keinginan yang telah tercapai seperti kaya, mashyur, dan pangkat. Bagi sesetengah individu pula makna kejayaan ialah kedamaian, keluarga dan kepuasan hati. Seterusnya ada juga individu merasakan diri mereka telah mencapai kejayaan dengan berkhidmat sebagai ahli sukarelawan, guru dan sebagainya. Ini ada satu contoh kejayaan seseorang yang agak terkenal kerana kepimpinannya dan kejayaanya membawa Singapura yang dulunya di bawah pemerintahan British sehinggalah masa kini. Tidak lagi dan tidak bukan beliaulah Encik Lee Kuan Yew, perdana menteri pertama Singapura.
Encik Lee Kwan-Yew adalah Menteri Mentor Singapura. Encik Lee Kuan Yew seorang pemimpin kuat dan merupakan perdana menteri pertama Singapura. Beliau dilantik semula dari tahun 1959 sehingga dia mengundurkan diri pada tahun 1990. Encik Lee Kuan Yew pernah belajar di negara England. Encik Lee memerintah dengan cemerlang dan determinasi , dan semangatnya terhadap undang-undang dan ketenteraman awam yang legendaris. Pada tahun 1990 ia mengundurkan diri (meskipun ia tetap di kabinet sebagai menteri senior) dan digantikan sebagai perdana menteri oleh Goh Chok Tong. Beliau seorang yang tegas dan telah berjaya membantu dan membina Singapura yang dulunya di bawah pemerintahan British sehingga hari ini. Walaupun umurnya sudah menjangkau 90 tahun, beliau masih kuat dan dijadikan mentor bagi pemerintahan Singapura pada hari ini. Anaknya pula sekarang merupakan Perdana Menteri Singapura.
Begitulah yang saya dapat kongsikan pada hari ini. Encik Lee Kuan Yew memang berwawasan dan beliau telah membuktikan kebolehannya kepada rakyat Singapura sehinggalah hari ini. Saya amat kagum dengannya. Saya juga percaya bahawa Encik Lee tentunya berharap bahawa anaknya akan menjadi penggantinya pada masa hadapan nanti . :)
Video : Encik Lee Kuan Yew
- Siti Nurhayati





