Kejayaan Seorang Fenomena Muzik
Sunday, 24 April 2011 03:37 0 comment(s)



FENOMENA JUSTIN BIEBER
 

Justin Bieber
 Kemajuan di mana-mana bidang, kemenangan yang diperoleh...itulah adalah makna perkataan "kejayaan" bagi kebanyakan individu, pada dewasa ini.

Akan tetapi, bagi seseorang remaja lelaki dari Kanada pula, kejayaan, baginya, adalah wajah-wajah yang bersinar kegembiraan setiap kali dia menyanyi serta kanak-kanak atau remaja lain yang dapat berkongsi lagunya bersama.

Remaja lelaki ini adalah tidak lain daripada Justin Bieber, remaja yang telah menjadi sebuah sensasi di lamn web Youtube beberapa tahun lalu. Kini, artis muda ini telah mencapai piala untuk "Lagu Terbaik", "Album Terbaik" serta gelaran "Artis Terbaik", walaupun baru sahaja mencecah umur tujuh belas. Dia juga telah menyanyi untuk konsert penuh di seluruh dunia termasuk juga pemimpin negara Amerika Syarikat, selain mengeluarkan filem biografinya sendiri baru-baru ini. Hanya dalam masa dua tahun.

Apakah rahsia kejayaan besarnya ini? Bagaimanakah remaja seperti dirinya mampu menakluk dunia muzik dalam tempoh yang begitu singkat?
Jawapannya... usaha yang amat bersungguh-sungguh dan minda yang begitu komited terhadap wawasannya, iaitu untuk menggembirakan dan menyentuh perasaan para peminatnya dengan muzik. Walaupun dia amat berbakat, baginya, tiada apa pun yang datang secara mudah kerana dalam bidang muzik, dia terpaksa berkorban tenaga, masa dan kesihatannya untuk menghasilkan album yang begitu terkenal dan lagu-lagu yang sedap didengari.

Pada pendapat Justin Bieber, kejayaannya ini datang dengan keburukan juga. Misalnya, keperibadiaanya telah lama lenyap sejak dia menjadi seorang bintang pop. Dia juga sering menjadi sasaran ejekan dan cemuhan individu di lama web Youtube yang iri hati akan kemasyurannya. Namun begitu, dia melupakan segala kritikan dan kutukan ini dengan sentiasa berwawasan tinggi, berfikiran positif dan tidak sekalipun berputus asa dalam menempuhi cabaran. Begitulah sikap yang telah menyebabkan kejayaannya selama ini.

"Kejayaan"...di Kamus Dewan, bermakna 'kemenangan atau kemajuan yang diperoleh'. Bagi Justin Bieber pula, "kejayaan" adalah kebahagiaan...dan usaha yang gigih.

~Sanjna, 2 Commitment~
(peminat terbesar Justin Bieber XD)

Video: Lagu "Baby" oleh Justin Bieber


← older newer →