Olimpik Belia Singapura 2010
Sunday, 24 April 2011 07:35 0 comment(s)

Sukan Olimpik Belia Singapura 2010 atau Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 ialah acara multi-sukan untuk belia yang diadakan di Singapura pada 14 hingga 26 Ogos 2010. Ia merupakan acara julung kali Sukan Olimpik Belia(YOG). 3,531 atlet berumur antara 14 dan 18 tahun dari 204 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaann(NOC) telah bertanding dalam 184 acara dalam 26 sukan untuk acara tersebut.

Salah satu pemenang Sukan Olimpik Belia Singapura yang menjadi peraih pingat perak dalam sukan lelaki-lelaki 50m  renang punggong peringkat akhir ialah Rainer Ng. Dia yang berumur lapan belas tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Raffles berasa agak kecewa kerana tidak mencapai tujuannya untuk menjadi juara kerana sedikit lambat dalam masanya. Ini membuat Christian Homer dari Trinidad dan Tobago sebagai juaranya untuk sukan itu. Namun, jurulatih dan ibunya masih bangga dengan kecapaian kerana dia telah berlatih keras untuk sukan tersebut dan walaupun  Rainer secara signifikan lebih kecil dibina dari lawan-lawannya tetapi dia tidak terintimidasi atau menghalang dirinya dari memberikan itu semua dalam perlumbaan itu. Bagaimanapun, kejayaaannya itu tidak datang senang untuknya.

Oleh kerana hendak menumpu lebih perhatian dalam latihannya, dia mendapat sebuah jadual harian yang agak ketat. Harinya bermula dengan dia bangun awal pada 5:30 pagi dan pulang ke rumah sekitar jam dua belas malam. Ada kalanya kawan-kawan sedarjah tidak hendak bekerjasama dengannya kerana mempunyai jadual harian yang tidak membenarkannya menjadi fleksibel.Namun, dia tidak boleh membuat apa-apa. Sejak usia enam tahun, dia telah mengimbangi komitmen renang, sekolah dan keluarga. Terdapat sedikit masa diberikan untuknya berehat. Hanya dibenarkan hari Ahad sebagai hari berehat, dia akan meluangkannya bersama ahli keluarganya terutamanya ibu atau kakak. Pada hari biasa, dia hanya dapat menjumpa keluarganya untuk setengah jam pada makan malam. Dia juga harus menolak ajakan kawan-kawannya untuk bersuka ria untuk menumpu lebih banyak kepada latihannya.

Dengan keadaan yang agak sibuk dalam hidupannya, mampu ada orang yang dapat melihat tekannannya semakin meningkat. Kadang-kala, dia seperti mahu berputus asa kerana terlalu stres tetapi dia tidak akan melupa apa yang terjadi kepada kawannya yang bermain bola jaring. Oleh kerana kawannya terlalu tertekan, beliau membuat keputusan muktamad untuk membunuh dirinya. Oleh itu, Rainer akan lebih berhati-hati untuk mengawal kadar stresnya. Akhir kata, dia telah banyak berkorban untuk mendapat tempatan kedua untuk sukan renang itu dan tidak akan berputus asa untuk mencapai tujuannya.


← older newer →