Pembedahan Kosmetik
Tuesday, 26 April 2011 07:53 0 comment(s)

Pembedahan kosmetik bertujuan untuk menambahkan kecantikan atau mengubah kulit wajah supaya kelihatan lebih muda.Namun,hukum pembedahan ini di dalam Islam adalah haram dan berdosa besar seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis Baginda.Pembedahan kosmetik ini hanya boleh dilakukan jikalau seseorang itu mempunyai hal kemudaratan pada tubuhnya.Contohnya seorang gadis telah terlibat di dalam suatu kemalangan jalan raya yang teruk dan mukanya habis hancur.Bibirnya tersopak dan hidungnya kemek.Mukanya yang dahulu sempurna kini menjadi sebegitu.Oleh itu,dalam Islam,situasi sebeginilah seseorang itu digalakkan melalui Pembedahan Kosmetik.

Liposuction

Sedut Lemak atau juga dikenali sebagai "Liposuction" juga merupakan salah satu Pembedahan Kosmetik.Ia merupakan proses membetulkan kecacatan anggota supaya tampak normal atau untuk kecantikan semata-mata.Kata Dr. Lok Huei, pakar pembedahan kosmetik "Sebelum anda mengambil keputusan menjalani sebarang pembedahan kosmetik, perkara pertama perlu anda tanya diri sendiri adakah ia benar-benar diperlukan atau sekadar memenuhi keinginan".Kini ramai wanita sanggup menggadai nyawa mereka untuk proses sedut lemak ini semata-mata ingin kurus.Namun begitu,Pembedahan sedut lemak bertujuan memperbaiki bentuk dan bukan mengurangkan berat badan.
"Jika anda gemuk atau berlebihan berat badan, rawatan terbaik adalah jaga makan dan kerap bersenam."Ini kerana proses membuang lemak tidak akan menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana lemak yang disedut terletak di bawah kulit," ujarnya lagi.

Akan tetapi,terdapat banyak kes tentang pembedahan sedut lemak yang berakhir dengan kematian,namun masih ramai yang ingin mencubanya walaupun mereka tahu bahawa pembedahan sudut lemak ini adalah salah dari segi agama Islam.
Akhir kata,kalau ia pernah terlintas di hati kamu untuk melalui pembedahan kosmetik,fikirkanlah kerana ia merupakan sesuatu yang haram dan semua orang cantik dan sempurna dengan cara mereka sendiri :)
-Maria Liyana


← older newer →