Soalan:Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh media massa untuk menggalakkan warga emas kekal aktif?
Tuesday, 17 April 2012 15:18 0 comment(s)

Pada masa kini, para pemerintah bergiat semangat dalam usaha menggalakkan warga emas supaya bergiat aktif. Ini kerana Singapura sedang mengalami masalah kekurangan masyarakat serta masalah kebanyakan warganegara semakin meningkat usia. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil oleh pemerintah demi menjamin ekonomi dan kebahagiaan para warganegara terutamanya yang lebih tua. Contohnya, pelbagai video telah dimuat naikkan atau sentiada terpapar di skrin televisyen demi memberi kesedaran kepada warga emas tentang manfaat bergiat aktif. Video-video ini boleh mengandungi cara-cara untuk menjaga kecergasan dan kecerdasan. Di Singapura, ramai warga emas lebih suka menonton televisyen atau berehat di rumah sahaja. Oleh itu, pelbagai program khas telah dianjurkan untuk menggalakkan semangat warga-warga emas ini. Contohnya, larian amal dan acara senamrobik sentiasa diadakan di bawah blok rumah. Selain itu, pemerintah juga kerap mengeluarkan video-video dan iklan-iklan yang mempunyai mesej yang tertentu. Kadangkala, video yang ditayangkan ini amat menyentuh hati. Oleh itu, ia mampu menarik perhatian warga emas ini dan lebih menggalakkan mereka. 
Selain yang sudah dicakap, saya berpendapat bahawa setiap orang anak haruslah menjamin hubungan yang rapat dengan ibu bapa serta bijak menyokong mereka apabila mereka sudah tua nanti. Ini akan membantu untuk meringankan beban mereka serta memberi mereka harapan bahawa mereka tidaklah terlalu tua untuk bergiat aktif. Seterusnya, saya berharap semoga  lebih banyak peluang pekerjaan akan  diberikan kepada mereka untuk bukan sahaja menggalakkan semangat antara mereka tetapi untuk juga menyumbang kepada ekonomi. 
Dibuat Oleh: Sanjna; 3Respect

← older