Warga emas dan kehidupan yang aktif
Friday, 6 April 2012 02:37
0 comment(s)
Salam sejahtera para pelajar, tugasan kamu kali ini ialah:
1) Semua pelajar perlu mencari maklumat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh warga
emas untuk mereka mengamalkan kehidupan yang aktif.
2) Diana, Yati dan Akmal perlu mencari maklumat tentang apa yang telah dilakukan oleh pemerintah
dari segi polisi dan kemudahan bagi warga emas kekal aktif.
3) Nabilah dan Nurul mencari maklumat tentang apa yang telah dan boleh dilakukan
oleh masyarakat (badan bantu diri) dan jiran bagi warga emas kekal aktif.
4) Kamarul dan Fatimah mencari maklumat tentang apa yang boleh dilakukan oleh keluarga agar warga
emas kekal aktif.
5) Syafikah dan Sabrina mencari maklumat tentang program-program yang dijalankan oleh pihak
sekolah untuk mendidik para pelajar tentang apa yang boleh dilakukan agar warga emas kekal aktif.
6) Sanjna, Tarif dan Liyana mencari maklumat tentang apa yang telah dan boleh dilakukan oleh media
massa untuk menggalakkan warga emas kekal aktif.
Poskan hasil dapatan kamu di blog selewat-lewatnya pada hari Isnin, 9 April 2012. Kamu perlu memberi komen kamu terhadap maklumat yang diberi dengan bertanyakan soalan apa, mengapa dan bagaimana.
Selamat mencari informasi:)




