Pengalaman membuat persembahan/menyertai pertandingan
Sunday, 10 April 2011 03:09 0 comment(s)

Pengalaman saya apabila menyertai pertandingan sukan futsal antara pasukan berseragam di Sekolah Menengah Evergreen agak riang dan gembira. Pada pertamanya, saya tidak mempunyai minat untuk memasuki pertandingan itu sekali pun kerana saya tidak minat sukan. Namun, dengan banyak bujukan daripada pengerusi Red Cross, saya dan beberapa teman dengan segan menyertai untuk pertandingan futsal itu. Kami semua berasa agak khuatir kerana tidak mempunyai ilmu tentang sukan tersebut. Dengan lantas, pengerusi kami mempastikan bahawa kami diberi peluang untuk melatih. Namun, apabila hari itu tiba untuk menanding dengan pasukan berseragam yang lain, kami masih belum diberikan latihan futsal.  Kami semua menjadi panik. Oleh itu, Rachel, salah satu ahli kumpulanku memberi rangsangan untuk meningkatkan semangat kami.  Pada akhir hari, kami harus menanding dengan pasukan NCDCC menengah satu. Cuaca pada masa itu panas terik apabila kami memulakan pertandingan itu. Mungkin pada hari itu pasukan kami agak bernasib baik kerana pasukan NCDCC menendang bolanya dua kali ke dalam tiang gol mereka sendiri membuat pasukan Red Cross pemenang untuk pertandingan pertama. Seterusnya adalah pertandingan kedua dengan NCDCC menengah dua. Mereka bermain dengan agak baik. Raut wajah mereka sudah cukup untuk menggertak kami tetapi kami tidak berputus asa lalu bermain dengan bersungguh-sungguh. Pada akhirnya, kami kalah dan mendapat pingat perak tetapi pengalaman bersama teman-teman Red Cross tidak dapat dilupakan. Daripada pertandingan itu, saya dapat belajar betapa pentingnya untuk bekerjasama dan untuk tidak putus asa sebelum mencuba dahulu.


-Fatimah-

Komen Cikgu Yati, Fatimah, pengalaman kamu menarik terutama kamu menang kerana pasukan lawan menjaringkan gol mereka sendiri sebanyak 2 kali tetapi bahasa kamu perlu dibaiki agar penyampaian cerita kamu lebih memuaskan.  Cikgu betulkan ayat kamu, kamu perlu belajar daripada kesilapan kamu ya:D

Pengalaman saya apabila menyertai pertandingan sukan futsal antara pasukan berseragam di Sekolah Menengah Evergreen agak menggembirakan. Pada pertamanya, saya tidak mempunyai minat untuk memasuki pertandingan itu kerana saya tidak minat dalam bidang sukan. Namun, setelah dipujuk banyak kali oleh ketua Palang Merah, saya pun bersetuju.  Kami semua berasa agak khuatir kerana tidak mempunyai ilmu tentang sukan tersebut. Oleh itu, diberi peluang untuk berlatih. Namun, apabila hari itu tiba untuk bertanding dengan pasukan berseragam yang lain, kami masih belum diberikan latihan futsal.  Kami semua menjadi panik. Oleh itu, Rachel, salah seorang ahli kumpulanku memberi rangsangan untuk meningkatkan semangat kami.  Akhirnya. kami pun bertanding dengan pasukan NCDCC menengah satu. Cuaca pada masa itu panas terik.  Mungkin pada hari itu pasukan kami agak bernasib baik kerana pasukan NCDCC menendang bolanya dua kali ke dalam tiang gol mereka sendiri membuat pasukan Red Cross pemenang untuk pertandingan pertama. Seterusnya adalah pertandingan kedua dengan NCDCC menengah dua. Mereka bermain dengan agak baik. Raut wajah mereka sudah cukup untuk menggertak kami tetapi kami tidak berputus asa lalu bermain dengan bersungguh-sungguh. Pada akhirnya, kami kalah dan mendapat pingat perak tetapi pengalaman bersama teman-teman Red Cross tidak dapat dilupakan. Daripada pertandingan itu, saya dapat belajar betapa pentingnya untuk bekerjasama dan untuk tidak putus asa sebelum mencuba dahulu.

← older newer →