Pengalaman Pertandingan
Sunday, 10 April 2011 03:02
0 comment(s)
Dalam setiap pertandingan, sudah tentu kami mahu menang, tidak kiralah apapun peraduan itu.
Pada saya, kalah atau menang, itu semua adat pertandingan. Waktu saya di menengah satu, saya memasuki pelbagai pertandingan. Salah satunya ialah saya memasuki pertandingan hoki. Kendatipun saya tidak mempunyai kemahiran yang begitu bagus, pelatih kami tetap yakin kami akan berjaya pada suatu hari nanti. Namun, apabila kita berdepan dengan sekolah menengah perempuan Cresent, kaki saya menggeletar. Mereka adalah antara satu-satu pasukan di Singapura yang terbaik! Kemahiran mereka lebih dari kami! Apabila mula pusingan pertama, mereka sudah menjaringkan 2 gol ketika (dalam)sepuluh minit pertama . Saya berasa kecil hati (berasa kecewa) dan mahu menangis pada masa itu tetapi saya menahan sebak lalu memberi sepenuh perhatian kepada perlawanan itu . Akhirnya, kami kalah di tangan Sekolah Menengah Perempuan Cresent. :( Namun, mereka tetap tersenyum dan mengucap terima kasih kepada kami kerana sudi bermain bersama mereka. Perasaan saya sudah tentulah hampa tetapi gembira kerana mereka mempunyai adat pertandingan yang baik walaupun mereka sudah menang (berpegang kepada prinsip tidak menyombongkan diri walaupun sudah menang). :D
~Kaiyisahhh . :DDDDD
Komen Cikgu Yati,
Nurul Kaiyisah, menang dan kalah merupakan adat bertanding. Cikgu gembira kamu tetap berfikiran positif.




