Pengalaman pertandingan
Saturday, 9 April 2011 21:26
0 comment(s)
Saya mahu berkongsi pengalaman saya semasa perlawanan bola jaring ketika saya (berada di) darjah lima. Ia amat seronok ! Tetapi semasa perlawanan itu, kawan saya terpelecok kakinya dan tidak boleh bermain lagi. Dia pemain yang terbaik di dalam pasukan kami. Kami amat terkejut dan risau untuknya dan untuk pasukan kami. Tetapi , kami tetap memikir positive (berfikiran positif) dan tidak putus asa lalu terus bermain dengan terbaik. Akhirnya, kami tidak menang dengan skor 11-12. Walaupun kami kalah, kami berasa bangga dan puas hati kerana kami bermain dengan terbaik dan tidak berputus asa.
[Sabrina]
Komen Cikgu Yati,
Sabrina, memang betul kata-kata kamu, yang penting kamu dan rakan-rakan telah berusaha dengan gigih. Kemalangan yang berlaku di luar kuasa manusia namun kita harus berwaspada sentiasa. Sabrina, ingat tentang penggunaan ia? Beri perhatian kepada ejaan




