Pengalaman membuat persembahan/pertandingan .
Friday, 8 April 2011 05:04 0 comment(s)

Waktu saya membuat suatu persembahan yang saya ingin berkongsi ialah pada tahun 2009 , ketika saya berada di darjah lima . Waktu itu , adalah ketika ' Choir SYF ' . Sebelum pertandingan itu bermula , kami diberikan peluang untuk membuat latihan sebelum pertandingan itu bermula di Victoria Concert Hall . Ketika berada di atas pentas pula , perasaan gementar mula menyelebungi diri saya tetapi saya tatap berjuang . Saya menyanyi dengan penuh semangat dan keyakinan . Tetapi , selepas persembahan itu , saya terpijak kaki kawan saya dan kami berdua hampir terjatuh . Namun , kami akhirnya mendapat gangsa . Pada seluruhnya , saya rasa bahawa pengalaman itu amat sukar untuk dilupai kerana ia sangatlah menarik dan seronok .


-Nabilah

Komen Cikgu Yati,
Nabilah, ngeri juga cerita kamu kalau kamu dan kawan kamu terjatuh.  Oleh itu, ikhtibarnya kita perlu berhati-hati.  Nabilah beri perhatian kepada bahasa kamu.  Ingat tentang penggunaan ia? Ingat tentang penggunaan tetapi di permulaan ayat?

Saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui pada tahun 2009, ketika saya berada di darjah lima . Waktu itu , saya menyertai peraduan SYF untuk koir . Sebelum pertandingan itu bermula , kami diberikan peluang untuk membuat latihan di Victoria Concert Hall.  Ketika berada di atas pentas, perasaan gementar mula menyelebungi diri saya tetapi saya tatap berjuang. Saya menyanyi dengan penuh semangat dan keyakinan .  Selepas persembahan itu , saya terpijak kaki kawan saya dan kami berdua hampir terjatuh .  Akhirnya kami mendapat pingat gangsa .  Secara keseluruhan, saya rasa bahawa pengalaman itu amat sukar untuk dilupakan kerana sangatlah menarik dan seronok .

newer →