Pengalaman Pertandingan Saya
Sunday, 10 April 2011 10:07
0 comment(s)
Saya hanya pernah bertanding sekali sahaja dan pertandingan tersebut ialah Kuiz Bidai `11.Terdapat lebih tiga puluh sekolah di seluruh Singapura yang bertanding.Pasukan Evergreen terdiri daripada saya,Tarif,Diana dan juga seorang pelajar tingkatan1 yang bernama Danial.Seminggu sebelum peringkat saringan kami telah pun berlatih selepas waktu sekolah bersama Cikgu Yati untuk kukuhkan lagi bahasa melayu kami dan lain-lain lagi.Peringkat saringan yang pertama merupakan sebuah ujian dan markah yang diperolehi oleh setiap individu dalam sesebuah pasukan akan dicampurkan dan kemudian dibahagikan kepada empat.Hanya 9 pasukan sahaja yang layak masuk ke peringkat seterusnya iaitu peringka separuh akhir.Pada mulanya kami fikir kami tidak akan layak masuk kerana pelbagai kesalahan telahpun kami lakukan namun saat pasukan Evergreen telah disebut sebagai salah satu sekolah yang layak memasuki peringkat seterusnya,kami menjerit sekuat hati.Terlalu gembira kerana perkara ini tidak disangka-sangka akan berlaku.Malangnya pada peringkat seterusnya kami telah pun gagal memasuki peringkat akhir.Berakhir di sini sahaja kerana saya tidak mahu mengeleborasikan perkara yang sebenarnya berlaku..(*gerammmm~*)
Itu sahaja.Salam Sejahtera Semua.
-Maria Liyana
Komen Cikgu Yati.
Cikgu ucapkan terima kasih kerana bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sekurang-kurangnya, kamu sudah ada pengalaman dalam pertandingan. Jangan geram...kita cuba lagi dan mengambil ikhtibar melalui pengalaman ini:D




