Sunday, 10 April 2011 05:55
0 comment(s)
Setiap pertandingan itu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah ia memberi semacam cabaran bagi pelajar-pelajar. Para pelajar yang mewakili sekolah tentunya ingin mengharumkan nama sekolah mereka. Dengan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk berjuang demi sekolah mereka. Oleh itu, pertandingan juga memberi pelajar disiplin dan tanggungjawab terhadap setiap keputusan yang mereka lakukan.
Antara pentandingan yang pernah saya sertai ialah pertandingan "Health Science Olympiad" bersama beberapa ahli Palang Merah Evergreen (Evg Red Cross). Sebelum bertanding, kami diberi beberapa kelas latihan yang mengajar kami tentang pelbagai jenis penyakit dan cara-cara untuk membantu seseorang yang tercedera. Ini telah banyak memanfaatkan saya sebagai seorang ahli Palang Merah untuk memahami lebih mendalam tentang kecederaan-kecederaan ini. Setelah kursus tersebut, kami harus ke lokasi yang tertentu untuk melakukan peperiksaan praktikal. Peserta - peserta daripada setiap sekolah telah dibahagi-dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya merupakan ahli kumpulan B. Setelah melakukan praktikal, kami harus melakukan peperiksaan theori. Pada akhir acara tersebut, keputusan diumumkan. Kumpulan B dengan dukacitanya telah disingkirkan daripada peringkat finalis. Namun, saya tetap berasa puas hati kerana telah menimba banyak ilmu daripada acara itu. Saya juga mempelajari bahawa setiap anggota pasukan memainkan peranan penting dalam keputusannya nanti. Walaupun tidak berjaya, kumpulan saya tidak bersedih ataupun berasa bersalah. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah.
- Siti Nurhayati
Komen Cikgu Yati,
Bahasa kamu baik dan dapat menggambarkan kematangan kamu dalam menerima kekalahan. Ikhtibar daripada pengalaman ini akan lebih mendewasakan kamu. Teruskan usaha kamu gigih ini.




