Lawatan ke Melaka-Selangor (:
Monday, 4 July 2011 01:15 0 comment(s)







Pada tanggal 30 Jun hingga 2 Julai , saya , serta rakan-rakan menengah dua saya pergi ke Melaka dan Selangor . Lawatan itu telah dianjurkan supaya kita dapat menghayati dan mempelajari budaya di sana serta untuk mempelajari tentang geografi dan sejarah mereka . Sebelum saya melawat tempai itu , saya berharap sangat untuk meluaskan lagi pengetahuan saya tentang tempat itu , sama ada adakah lagi sejarah tentang tempat itu yang saya tidak ketahui. Sebelum itu , saya telah membaca tentang sejarah Melaka dan tempat yang akan dilawat semasa di Selangor .

30 Jun 2011 .
Pada hari pertama , kami sampai di Melaka pada 1230 . Kami pergi makan tengah hari sebaik sahaja kami sampai di sana . Kami pergi makan di Restoran Peranakan . Makanan-makanan itu sedap sedap belaka ! Seterusnya , kami pergi ke tempat bersejarah di Melaka , seperti ''  A'Famosa , Christchurch , St.Paul's church , Proclamation of Independence Memorial Hall ,Tan Kim Seng Clocktower ,Portuguese square and area of settlement , Jonker Street '' . Tempat - tempat ini menceritakan tentang sejarah Melaka . Selepas itu , kami menaiki bot dan lulu bangunan-bangunan yang telah diubahsuai dan keihatan sungguh lawar . Kemudian , kami ke Jonker's street dan melihat kedai - kedai yang berada si sana . Ketika kami ke sana , cuaca gelap dan ia mula gerimis sedikit . Selepas itu , kami bermakan malam di restoran sebelum ke hotel .




1 Julai 2011 .
Pada pagi itu , kami pergi melawat Masjid Biru Shah Alam atau juga dikenali sebagai Masjid Salahuddin Abdul Aziz . Masjid itu sungguh menakjubkan . Kemudian kami pergi ke IADA , atau '' integrated alriculture development area '' . Kami sepatutnya pergi untuk mendengar penjelasan tentang tempat itu , malangnya , auditorium itu hanya boleh muat 3 buah kelas . Terpaksalah kami duduk di luar dan membuat buku panduan kami . Selepas 3 kelas itu keluar , sepatutnya giliran kelas kami , tetapi , orang yang sepatutnya memberikan penjelasan harus ke Masjid untuk Senbahyang Jumaat . Kami pun pergi makan tengah hari dahulu . MAKANANNYA SUNGGUH SEDAP ! Setelah itu , kami pergi ke IADA dan mendengar penjelasan oleh guru kami sendiri , Mr Amin dan Ms Lee kerana orang yang sepatutnya memberikan penjelasan masih berada di masjid . Kemudian , kami pergi ke Tanjong Karang dan cuba menanam anak benih . Ia sangatlah seronok .  Tetapi , setelah itu , anak benih itu harus dikeluarkan semula kerana kami tidak menyusunnya dengan betul . Kemudian , kami kembali ke Shah Alam untul bermkan malam sebelum pulang ke hotel .





2 Julai 2011
Pada Hari terakhir , kami melawat Muzium Orang Asli . Kami mempelajari banyak tentang mereka . Kami mencuba membuat sesuatu dengan daun dan menggunakan sumpitan . Ia pengalaman yang sekali seumur hidup . Anak - anak kecil sungguh comel ! Selepas itu , kami pun ke Melaka untuk makan tengah hari sebelum meneruskan jalan untuk pulang ke Singapura .



PENGALAMAN - PENGALAMAN .
Saya berasasangat sedih kerana saya jatuh sakit apabila saya berada di sana . Namun , saya tetap melakukan aktiviti yang disediakan . Saya berasa sunggguh bersyukur kerana mempunyai rakan - rakan yang amat prihatin , terutamanya SABRINA . Dia telah mengongsi bilik bersama saya dan telah banyak menjaga saya . Rakan-rakan sekelas saya semuanya baik-baik dan saya sangatlah terharu dengan keprihatinan terhadap saya . Miss Han seorang guru yang terlalu baik . Dia telah menjaga saya dengan sungguh baik . Ada suatu kali , saya susah hendak bernafas dan telah dipindahkan ke hadapan untuk duduk bersamanya . Dia telah membelikan saya air panas dan kami berkongsi cerita . Saya berasa sangat rapat kepadanya sekarang . Saya amat menyukai pengalaman menanam anak benih . Ketika itu , kami harus memasukkan kaki ke dalam baja setinggi 10 cm . Ia sungguh seronok . Makanan-makanannya sedap-sedap belaka . Mungkin saya telah bertambah berat badan kerana terlalu banyak makan (:

PENGAJARAN .
Saya telah mempelajari untuk bersyukur dengan apa yang kita ada . Apa yang kita ada , kita sentisa akan berharap untuk mendapat lebih . Jikalau diberikan kepada orang lebih susah , mereka akan sungguh gembira dengan apa yang telah diberikan . Kedua , saya telah belajar untuk menjadi pelajar yang sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri . Seperi bidang pertanian , mereka sentiasa memikirkan cara untuk memperbaiki cara pertanian . Selain itu , saya telah mempelajari untuk mengambil risiko . Saya telah mengambil risiko untuk memijak baja . Risikonya ialah apa yang terdapat dalam baja itu , yang mungkin mencederakan saya . Kawan adalah sangat penting dalam kehidupan kita . Ketika saya sakit , kawan kawan sayalah yang menjaga saya .

SOALAN .

1. Dalam segi apa telah pertanian telah diperbaiki ?
2. Mengambil risiko adalah perkara yang setiap orang harus melakukan . Bagaimanakah kita boleh tahu jikalau risiko itu baik atau buruk pada diri kita ?
3. Dalam kehidupan , kita pelu mencuba banyak perkara baru . Bagaimanakan boleh kita cuba mencari perangsang untuk melakukan perkara itu ?


-Nabilah .

← older newer →