PROJEK BAHASA MELAYU
Sunday, 3 July 2011 20:38 0 comment(s)

Pada 30 Jun hingga ke 2 Julai , saya pergi ke Melaka dan Selangor bersama sekolah saya. Saya amat gembira kerana dapat pergi ke Negara lain bersama kawan-kawan saya. Pada hari pertama, kami pergi ke Jonker Street, Malacca River Cruise dan Melacca City tour. Kami belajar banyak tentang sejarahnya. Satu kedai dari Jonker Street itu menjual kasut-kasut yang amat kecil seperti saiz budak berumur satu tahun yang dipakai oleh dewasa. Saya berasa kagum apabilah melihat kasut-kasut itu. Selepas itu kami ke hotel dan saya  gembira kerana saya dapat bilik yang sama dengan Nabilah(:


Hari kedua pula lebih seronok kerana kami pergi ke Tanjong Karang dan saya berpeluang untuk menanam padi! (: Kami juga ke Masjib Shah Alam yang sungguh besar dan cantik sekali.

Hari ketiga, kami ke  muzium orang asli. Ada banyak fakta menarik tentang orang asli itu seperti mereka pakai baju yang dibuat dari kulit pokok, satu daripada alat muzik mereka ialah “Layer Flute” yang dimain dari hidung mereka dan banyak lagi. Kami dapat mencuba bermain “blow-pipe” dan membuat aksesori daipada daun.

Dari lawatan ini, saya belajar banyak tentang sejarah Melaka, fakta-fakta tentang orang asli dan tentang tanaman padi. Saya juga belajar dari Mr Ang untuk bertenaga seperti orang dari Malaysia dan sentiasa memikirkan cara untuk memperbaiki perkara . Apa yang saya telah mengatasi ialah lumpur. Dulu saya tidak suka dan takut dengan lumpur kerana pengalaman yang saya menghadapi dulu tetapi saya tetap hendak mencuba menanam padi dan sekarang saya tidak begitu takut dangan lumpur lagi (:
Saya juga mengenali rakan-rakan saya lebih baik dan lebih terikat dengan mereka. Semasa perjalanan kami, Nabilah jatuh sakit. Sebagai kawan saya harus menjaganya. Ms Han menjaga Nabilah dengan baik juga. Oleh itu, saya lebih mengenali Ms Han, cikgu saya yang baru. Dia seorang yang lucu, penyayang , baik hati dan prihatin.  Pengalaman ini tidak akan dilupakan :D



- Sabrina 

← older newer →