Lawatan ke Melaka/Selangor
Thursday, 14 July 2011 05:17 0 comment(s)

Ini Diana yang punya! Hehe:)

Pada tanggal 30 haribulan Jun 2011, saya melawat Melaka dan Selangor (Shah Alam)! Sebelum menyertai lawatan ke Melaka dan Selangor, Saya ingin mengetahui tentang sejarah Melaka apabila mereka di bawah kuasa orang Belanda dan Portuguese. Saya memang meminati sejarah  negara Melaka kerana ia cukup menarik.


30 haribulan Jun 2011
Pada hari pertama, kami ke tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti A'Famosa, The Stadthuys dan lain-lain. Yang paling saya gemari adalah pelancongan ke Jonker street atau lebih dikenali sebagai Heeren Street.Di Jonker Street terdapat banyak gerai yang menjual kraftangan. Selapas menziarahi tempat-tempat bersejarah, kami menaiki bot di sungai Melaka. Semasa menaiki bot itu, saya mengantuk kerana bot itu bergerak dengan perlahan. Setelah itu, kami pun berangkat ke Shah Alam, Selangor! ( tidak sabar untuk tidur di hote sebenarnyal!) XD

1 haribulan Julai 2011 
Hari kedua pula kami ke Masjid Sltan Salahuddin atau lazimnya dikenali sebagai Masjid Biru Shah Alam. Masjid Biru Shah Alam sungguh indah dan lebih besar daripada masjid-masjid di Singapura. Setelah itu, kami ke Tanjong Karang dan makan  tengahari di sebuah restoran makanan laut. Selepas makan, kami pun ke sawah padi! Hati saya berlonjak kegembiraan! Inilah peluang keemasan untuk keluar dari zon keselesaan saya (comfort zone). Namun malang tidak berbau. Saya terjatuh ke dalam lumpur saat melintasi sebatang papan untuk ke sawah padi. Kaki saya berdarah akibat terjatuh. Oleh kerana tidak mahu kaki saya dijangkiti kuman yang ada di lumpur,  seorang guru tidak membenarkan saya melanjutkan aktiviti itu untuk mendapat rawatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang kawan yang telah membantu saya sewaktu saya perlu pertolongan. teman itu ialah.. Syazana daripada 2 ETP. Walaupun baru berkenalan, Syazana sanggup menolong saya. Dia rela menolong saya dan melepaskan peluang untuk menanam padi. Saya amat terharu dengan pertolongannya.


2 haribulan Julai 2011
Pada hari terakhir, Kelas sayA pergi ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk mempelajari tentang hutan-hutan di Malaysia. Kami dapat melawati sebuah pameran di museum. Akhir sekali... Kami pulang kembali ke tanah air!!


Pada pendapat saya, lawatan ini satu pelajaran buat saya untuk menghargai teman-teman dan juga ahli keluarga (yang amat dirindui). Saya juga dapat merasakan bagaimana susahnya orang menanam padi di masa silam. Kasihan. Objektif lawatan ini juga dicapai kerana saya sudah lebih memahami tentang geografi dan sejarah Malaysia.


SOALAN!
(a) Mengapakah institut penyelidikan hutan malaysia diasaskan?
(b) Apakah erti persahabatan buat kamu?




P/S Cikgu Yati, saya tidak suka menaip!! 


               ~~~~~~~~~~~~~~~TERIMA KASIH~~~~~~~~~~~~~~~~

(Diana kamu tidak suka menaip tetapi suka membeli-belah di pusat kraftangan ya?  Pengalaman kamu agak ringkas.  Apa yang kamu pelajari tentang diri kamu semasa lawatan itu?)

← older newer →