Kamarul~
Thursday, 14 July 2011 00:32
0 comment(s)
Pengalaman saya
Hari Pertama
Pada 30 Jun 2011, saya dan rakan-rakan sekolah menziarahi Melaka untuk berdarmawisata. Objektif lawatan ini ialah untuk memahami tentang sejarah Melaka yang luas. Kita melawat tempat seperti Gereja St. Paul dan Christ Church. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah itu telah membuat saya mempelajari pelbagai perkara-perkara yang mengkagumkan. Selepas itu, kami menaiki sebuah bot untuk melihat tempat-tempat di tepi Sungai Melaka. Saya sedar bahawa tiada perdagangan berlaku pada masa sekarang.
Hari Kedua
Pada hari kedua, kita melawat sawah padi di Selangor untuk mempelajari lebih dekat lagi tentang pertanian dan kita dapat merasakan betapa susah untuk menanam pokok padi. Kita menziarahi tempat-tempat yang mengajar kita tentang penanaman padi di situ. Peristiwa saya apabila menanam padi ialah seronok kerana saya tidak pernah melakukan perkara itu. Walaupun kaki saya kotor, saya berasa gembira apabila dapat pelung untuk menanam pokok padi itu.
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, kita menuju ke muzium orang asli untuk mempelajari tentang budaya dan tradisi mereka yang berbeza dengan kita. Mereka juga mempunyai bahasa yang tersendiri. Saya juga berpeluang untuk menggunakan alat sumpitan. Peristiwa itu sungguh menyeronokkan!
Pada pendapat saya, pengalaman menarik yang saya lalui ialah apabila menanam pokok padi itu. Pengalaman itu membuat saya mempelajari banyak tentang bagaimana untuk menanam padi dan betapa susahnya untuk menanamnya. Saya juga kagum melihat kawan-kawan saya yang berani mencubanya. Peristiwa itu sungguh seronok dan susah untuk dilupakan.
Dari lawatan ke Melaka dan Selangor ini, saya mempelajari banyak perkara seperti kesabaran dan persahabatan. Saya memahami bahawa menanam padi bukan senang dan kita harus mempunyai banyak kesabaran dan keyakinan diri.
Soalan-soalan...
- Bagaimanakah orang-orang di situ menanam pokok-pokok padi mereka?
- Mengapakah orang-orang asli tidak mahu hidup di tempat-tempat canggih yang telah disediakan untuk mereka?




