Wednesday, 13 July 2011 07:23
0 comment(s)
Pada tarikh 30 jun 2011, saya dan rakan-rakan sedarjah saya telah berkunjung ke Melaka dan Selangor untuk berdamawisata. Pada hari itu saya sungguh ghairah kerana ini adalah kali pertama saya akan ke luar negara bersama rakan-rakan saya.Objektif lawatan kami adalah untuk mendapat tahu dengan mendalam tentang budaya dan cara hidup orang di Selangor dan Melaka.Kami juga harus mempelajari tentang geografi seperti cara padi ditanam di tanjong karang dan teknologi yang digunakan.Pada pendapat saya ia adalah sangat penting untuk kita mendapat tahu lebih tentang negara jiran kami.Semasa perjalanan kami telah berhenti di Yom Peng untuk berehat.Di situ kami diberi peluang untuk merasa makanan yang terdapat di situ.Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Melaka untuk makan tengah hari.Kami diberi peluang untuk makan makanan nyonya walaupun saya tidak beberapa minat dengan apa yang dihidangkan.Selepas mengisikan perut, tanpa membuang masa, kami menuju ke Jonker street untuk berjalan dan melihat kedai kedai yang terdapat di situ.



Selepas berjalan-jalan di Jongker street kami pun meneruskan perjalanan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Melaka.Saya mempelajari degan lebih jelas tentang sejarah Melaka sebuah bandar yang sangat bersejarah.Destinasi kami yang seterusnya adalah Malacca River Cruise.Kami menaiki sebuah bot untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang Sungai Melaka.


Selepas menaiki bot ini kami pun meninggalkan Melaka dan menuju ke Shah alam di mana hotel yang kami akan bermalam terletak.Gambar yang terlatak di bawah menunjukkan Masjid Biru yang terletak di Shah alam pada mwaktu malam.Masjid ini kelihatan sungguh indah sekali.

Pada hari kedua kami mengunjungi ke tanjong karang untuk menanam padi dan juga mempelajari tentang cara pertani di sana menanam padi.Malangnya saya tidak dapat membuat aktiviti di Tanjong Karang olehkerana saya jatuh sakit.Saya dibawa ke Doktor sementara rakan-rakan saya makan tengah hari.Suhu badan saya pada waktu itu adalah 39 darjah celcious.Itu merupakan kali pertama saya jatuh sakit tanpa keluarga saya bersama saya dan ia merupakan memori yang akan say mengingati.Jika ada peluang saya ingin untuk ke sawa padi untuk menanam padi seperti apa rakan raka saya telah melakukan.


Selepas sehari di tanjong karang kami pun pulang ke shah alam.Pada hari ketiga kumpulan saya dipilih untuk ke FRIM.FRIM adalah tempat dimana mereka membuat kajian tentang alam semula jadi.Di situ kami mempelajari tentang cara-cara untuk menyelamatkan hutan-hutan daripada kemusnahan.
Keseluruhan saya terhibur dan saya juga telah mempelajari banyak tentang Malaysia....
1)Apakah nama mesin yang digambarkan di atas?
2)Namakan masjid yang lebih dikenali sebagai 'masjid biru'itu....
~~TERIMA KASIH~~




