Fatimah-Lawatan ke Melaka dan Selangor!!
Wednesday, 13 July 2011 07:07 0 comment(s)

Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan

         Lawatan saya ke Malaysia pada 30 Jun 2011 hingga ke 2 Julai 2011 amat bermakna dan bermanfaat bagiku terutama bersama kawan-kawan menengah dua dan guru-guru sekalian. Objektif kami ke sana adalah untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang jiran kami iatu Malaysia. Malaysia sebuah negara yang berdekatan dan kaya dengan budaya serta adat resamnya. Oleh itu, kami berangkat ke Melaka di mana terdapat banyak tempat lawatan yang bersejarah dan mempunyai banyak informasi tentang Malaysia yang dahulu diketuai oleh bangsa Portugese serta Belanda seperti Lorong Jonker’s dan A’Famosa.

        Pada hari pertama, rombongan kami iatu Bas C berangkat ke tempat-temat yang bersejarah seperti Stadthuys. GerejaChrist, Gereja St. Francis Xavier dan banyak lagi.

 Tempat orang Portugese dahulu mendiami adalah kesukaan saya. Ini kerana, terdapat sebuah pancut air yang begitu indah dan cantik mendiri tegak di situ.

 Kemudian, kami dapat peluang untuk menikmati permandangan dan keamanan Sungai Melaka melalui bot pelayaran yang tersedia di tempat-tempat tertentu.

Bukan itu sahaja, bangunan-bangunan yang di tepiannya semua masih dijaga dengan rapi. Terdapat beberapa lukisan cantik dicat di bangunan-bangunan tersebut.

   Pada hari kedua, rombongan kami menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz sebelum ke Tanjong Karang untuk mempelajari lebih mendalam tentang proses menanam padi serta skema irigasinya. Seronok sekali dapat pengalaman menjadi seorang petani padi!

 Amboi, begitu tidak sabar saya hendak memasuki sawah itu dan merasa lumpurnya di kakiku! Malangnya, ada yang geli hati untuk mencuba dan ada yang mengalami peristiwa yang buruk seperti terjatuh ke dalam lumpur lalu mencederakan dirinya atau telefon bimbit seseorang itu terkena lumpur. Amat dasyhat dan kesian! Cubaan...

    Pada hari ketiga, hatiku bercampuran perasaan sedih dan gembira.. Kami ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia(FRIM) untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang hutan-hutan Malaysia.

Seorang pakar yang bernama Encik Gaffar mendapat peluang untuk berkongsi dengan kami tentang pengalaman serta ilmunya dalam bidang tersebut. Begitu lucu syarahnya sehingga membuatku ketawa terbahak-bahak! Tidak sempat pula untuk mengambil gambar dengannya.

PENGALAMAN
   
       Antara pengalaman atau peristiwa yang saya tidak dapat melupakan adalah peristiwa di mana pintu tandas bilik hotel saya terkunci. Saya fikir pintu tersebut berapit namun dengan berapa tolakan, pintu itu masih juga tertutup rapat. Aku membangunkan Diana lalu kami pergi mencari seorang guru untuk menolong kita. Begitu panik saya menjadi apabila membayangkan kami akan terlambat jika masalah tersebut tidak dapat diatasi. Namun, syukurlah seseorang pekerja hotel dapat membukanya. Pengalaman yang begitu mengerikan bagiku. Selain itu, ada juga masanya kita berdua bersama beberapa orang pelajar Melayu serta seorang cikgu dimarahi oleh seorang penghuni. Dia yang berpakaian seluar pendek sahaja lantas memarahi kami.Dia seperti tidak mempedulikan tentang pakaiannya pada masa itu.Kami hanya mendengarkannya sahaja namun pada pendapat saya, kami tidak membuat bising pun. Sebuah pengalaman terkejut sekali!

KESIMPULAN 
    
        Kesimpulannya, melalui lawatan saya ke Tanjung Karang, saya dapat mempelajari bahawa adanya orang yang perlu bekerja keras pagi hingga malam untuk mendapat duit.  Selain itu, saya juga dapat mempelajari betapa pentingnya menyiman sejarah kami dahulu dan juga nilai persahabatan seperti dikatakan Hayati. Sekiranya, kami tidak mengekalkan tempat lawatan yang penuh dengan sejarah. Generasi-generasi yang akan datang tidak mendapat peluang untuk menyaksikannya dan menghargainya.

     Dengan berkumpul bersama kawan-kawan sekalian untuk lawatan ini, dapatlah kami berinteraksi dan bersikap toleransi antara satu sama lain. Ini dapat dikaitkan dengan situasi sekarang tentang sumber air Singapura sekarang. Jika kami tidak menjalin hubungan baik antara Singapura dan Malaysia, hubungan mereka akan menjadi tegang dan menimbul banyak masalah-masalah. Seperti isu air Singapura serta perdagangan antara satu sama negara. Oleh itu, kami patut mengekalkan tempat-tempat sejarah kami dan menyemai sikap persahabatan antara kedua negara berjirannan supaya suasana akan selalu tenang dan aman.:D

(Bayangkan jika tiada orang yang tahu bilik tandas tidak boleh dibuka dan kamu berada di dalamnya...melalui lawatan ini, cikgu rasa kamu lebih menyedari bahawa manusia ini pelbagai ragam..Gambar-gambar tiada???)

← older newer →