Projek Bahasa Melayu - Siti Nurhayati
Tuesday, 12 July 2011 06:39
0 comment(s)
Lawatan ke Melaka dan Selangor ini sungguh bermakna kepada saya. Ia memberi peluang bagi saya dan rakan-rakan menengah dua saya untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Malah, kita dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan cerita bersama-sama. Ini akan membina dan merapatkan lagi silaturrahim di antara kita. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama, saya dan rakan-rakan juga dapat bersama-sama mempelajari dan lebih mengenali budaya dan sejarah negeri jiran kita iaitu Malaysia. Malaysia merupakan
sebuah Negara yang kaya dengan budaya dan sejarahnya. Oleh itu, pihak sekolah mahukan kami untuk lebih memahami isu-isu dan tali ikatan antara Malaysia dan Singapura. Daripada lawatan ini, saya mendapat tahu bahawa Singapura dan Malaysia ada banyak persamaan dan juga perbezaan. Sebelum lawatan ini, saya amat berharap akan dapat berseronok bersama rakan-rakan dan juga mempelajari sejarah dan budaya Melaka dan Selangor.
Banyak yang telah saya dapat manfaatkan daripada lawatan ini. Seperti tajuk projek ini iaitu “Jauh perjalanan, Luas pengetahuan”, saya dapat menimba ilmu, khususnya tentang sejarah dan geografi. Antara tempat-tempat menarik yang ingin kongsi bersama anda semua ialah tempat-tempat bersejarah di Melaka, sawah padi di Tanjung Pagar dan juga sedikit sebanyak tentang Orang Asli yang ada di Malaysia. Ini adalah di antara tempat-tempat yang amat saya sukai dan telah banyak saya pelajari tentang sejarah dan budaya.
Pada hari pertama, rombongan kami telah ke tempat-tempat bersejarah di Melaka. Kami mengunjungi bangunan-bangunan yang dulunya pernah digunakan oleh askar-askar Portuguese dan Belanda(Dutch). Antaranya ialah Christ Church dan Red Square yang dimiliki oleh Belanda sera Runtuhan Gereja St. Paul dan Pintu Gerbang Santiago yang dimiliki oleh Portuguese. Setelah itu, kami menaiki sebuah bot untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang Sungai Melaka. Daripada apa yang dapat saya lihat, tiada lagi kegiatan perdagangan dijalankan sepanjang sungai ini. Akan tetapi, bangunan dan monument-monument lama masih lagi dipelihara sehingga hari ini.
Pada hari kedua, rombongan kami pergi ke sawah padi untuk mempelajari lebih dekat lagi tentang pertanian dan kami juga berpeluang untuk merasakan sendiri pekerjaan seorang petani. Pertama sekali, kami ke sebuah kawasan yang mengajar kami tentang bagaimana padi yang telah siap diproseskan sebelum dibawa ke tempat untuk diperiksan. Setelah itu, kami ke sebuah kawasan dan disinilah datangnya peluang sekali dalam hidup iaitu menanam padi. Sesungguhnya, saya sungguh geli untuk memijak di atas Lumpur. Namun, apabila saya melihat rakan-rakan saya yang memberanikan diri untuk menyertai aktiviti, saya berasa lebih konfiden dan ingin cuba aktiviti ini. Pada akhirnya, saya rasakan bahawa ia amat merugikan bagi mereka yang tidak mencuba aktiviti ini. Ia memang amat menyeronokkan :D
Pada hari ketiga, kami mengunjungi muzium orang asli dimana kami mempelajari tentang jenis orang-orang asli yang masih ada lagi di Malaysia. Kami juga diterangkan bagaimana kerajaan Malaysia cuba untuk membantu mereka memperbaiki cara kehidupan mereka. Banyak orang-orang asli ini mempunyai bahasa-bahasa dan budaya mereka tersendiri. Setelah itu, kami diberi peluang untuk menyertai aktiviti membuat aksesori dengan menggunakan daun dan kami juga dapat mencuba menggunakan sumpitan(blowpipe). Saya akui bahawa saya memang tidak pandai meniup sumpitan itu. Hehe :D
Antara pengalaman dan peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah pengalaman bersama rakan baik saya iaitu Ching Siew . Hehe, saya pasti ramai yang mengenalinya. Dia amat lucusekali. Beberapa kali di dalam bas, dia sering terlelap dan apabila dia bangun, dia akan pandang saya dan mula bertutur dalam Bahasa Mandarin ! Sakit perut saya dibuatnya apabila ketawa. Banyak-banyak juga peristiwa lucu yang saya alami bersama Ching Siew. Pengalaman yang amat meinsafkan saya ialah apabila saya mengunjungi sebuah perkampungan di mana tinggalnya orang-orang asli. Mereka hidup serba kekurangan. Pakaian dan rumah-rumah mereka tidak secantik apabila dibandingkan dengan pakaian dan rumah kita. Namun, mereka tidak berputus asa mencari rezeki dengan membuat kraf tangan bagi pengunjung-pengunjung. Ini menunjukkan bahawa mereka amat kreatif dan gigih berusaha.
Lawatan ini telah banyak mengajar saya tentang nilai persahabatan Contohnya, lawatan yang diadakan ini dimana di sekeliling kami hanya ada guru dan rakan-rakan. Ini bermakna bahawa kita harus dapat berkomunikasi dan mengadaptasi dengan baik bersama rakan-rakan kita. Dalam konteks yang lebih besar pula ialah persahabatan Singapura dan Malaysia sebagai Negara jiran. Apa yang berlaku di Singapura, dalam masa yang singkat atau yang lama juga akan menjejas Malaysia, begitu juga disebaliknya. Oleh itu, Singapura dan Malaysia perlu berinteraksi dengan baik bagi memastikan ketenangan dan perpaduan dalam Negara masing-masing. Sepertimana yang diketahui ramai, Malaysia merupakan di antara sumber air yang memenuhi 40% keperluan Singapura. Oleh itu, persahabatan yang baik harus diadakan supaya perjanjian ini dapat diteruskan dan kedua-dua negara akan aman dan sentosa.
Persahabatan
Persahabatan
1) Apakah lagi contoh-contoh yang boleh dikaitkan dengan “nilai persahabatan”?
2) Mengapakah orang asli masih mahu teruskan dengan cara kehidupan mereka walaupun kerajaan sedia untuk membantu mereka memperbaiki kehidupan mereka?
3) Jikalau kamu adalah di antara orang-orang asli tersebut, apakah yang kamu akan lakukan ?
- Siti Nurhayati Bte Mohd Sariff
2 Rsp
12hb Julai 2011




