Sarawak!-Jauh Perjalanan,Luas Pengetahuan
Thursday, 14 July 2011 08:40
0 comment(s)
Salam semua!Pada 30 jun hingga 3 julai,saya dan rakan-rakan telah ke Kuching,Sarawak bagi program damawisata yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.Kami telah ke sana untuk mempelajari lagi dengan dalam tentang sejarah sarawak,alam semula jadi,haiwan-haiwan yang penting di sarawak.Saya telah pun ke Sarawak bersama rakan dari berlainan kelas.Termasuklah rakan-rakan dari aliran normal akademik.
Beberapa hari sebelum kami berangkat ke Kuching,saya telah pun berharap agar saya dapat melihat rumah-rumah orang asli atau dayak kerana berdasarkan penyelidikan yang telah saya lakukan beberapa hari sebelum kami berangkat,Orang-orang asli ini sangat unik dan luar biasa bagi saya kerana cara hidup mereka amat berbeza dengan saya.Tidak lupa juga dengan hasrat saya untuk menikmati kek lapis sarawak.
Pada hari pertama,kami telah pun ke Batu Kitang Water Treatment Plant sejurus sahaja kami meletakkan kaki di luar lapangan terbangan Kuching dan menaikki bas masing-masing.Di situ kami telah pelajari tentang proses pembersihan air di Kuching dan juga sebab-sebab mengapa Sarawak telah memilih untuk menjadi 'self-sufficient' dalam memiliki atau menghasilkan air sendiri.Kemudian,kami telah bermakan malam di sebuah Restoran bernama "TOPSHOP" yang sebenarnya terletak di tingkat yang paling atas di sebuah tempat meletak kereta bertingkat.Jangan cemburunya rakan-rakan selangorku,kami sebenarnya telah menikmati ketam 'black pepper' pada malam pertama lagi :P
![]() |
| mmmm.sedapnya!:P |
Pada hari kedua pula kami telah mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong atau SMK Santubong yang terletak berdekatan dengan Gunung Santubong.Di situ kami dapat melihat kehidupan budak-budak sekolah di Kuching.Walaupun sekolah mereka serba kekurangan dan tidak secanggih sekolah saya,mereka tidaklah ketinggalan zaman dan seperti remaja-remaja lain mereka gemar melungsuri FACEBOOK walaupun bukan tiap-tiap hari mereka dapat berbuat sedemikian.Lawatan di situ berakhir dengan satu permainan baru yang telah kami pelajari dan juga sebuah acara penutupan berserta dengan makanan yang telah disiapkan oleh pihak sekolah SMK Santubong.Kami pun mengorak langkah ke Sarawak Cultural Village dengan menaiki bas yang sedia ada untuk melihat persembahan orang-orang asli di theater yang tersedia.Selepas persembahan yang memang menyenorokkan itu,kami pun menikmati keenakkan makanan di restaurant yang terletak di Sarawak Cultural Village itu.
Sesudah makan tengahari,kami diberi pasport untuk bersiar-siar sambil mempelajari dengan lebih dalam tentang orang-orang asli di Kuching.Kami telah ke rumah cina,rumah melayu,rumah iban,rumah penan,rumah melanau,Orang Ulu' dan juga bidayuh.Pada malam kedua ini pula,kami telah bermakan malam di 'Casuarina Room yang terletak di resort yang kami menginap iaitu Damai Beach Resort.
Pada hari ketiga pula,kami telah mendaki gunung santubong selama hampir 3 jam dan di dalam pejalanan ke sana banyak benda yang telah kami pelajari antara subjek yang berkaitan adalah geografi.Setelah mendaki,kami diberi masa untuk menyergarkan diri dan kemudian kami berangkat untuk makan tengahari di sebuah Restoran yang berdekatan dengan laut cina selatan.Aktiviti seterusnya kami telah ke museum Sarawak dan kemudian bersiar-siar di bandar untuk mengetahui sejarah kuching,sarawak dengan lebih dalam.Sekitar jam 5 kami pun berangkat untuk bermakan malam di restoran Henz Chicken dan menikmati 'all-u-can-eat buffet'.Dengan perasaan gembira dan ghairah sekali malam itu saya mengorak langkah ke kedai kek lapis Dayang Salhah untuk membawa pulang beberapa jenis kek.
Pada hari yang keempat iaitu hari yang terakhir,saya dan rakan-rakan telah ke pantai di resort tersebut untuk membuat beberapa kajian mengenai pantai tersebut.Selepas makan tengahari pula kami telah mengunjungi tempat pesimpanan Orang Utan.Kemudian kami menikmat santapan terakhir di Sarawak bersama dengan rakan-rakan sekumpulan.
Ada satu pengalaman yang amat melucukan bagi saya dan rakan sekumpulan saya iaitu pada hari kedua di SMK Santubong,seorang pelajar telah pun meminta nombor telefon rakan saya Wei Qi namun penyebutannya di dalam bahasa inggeris telah membawa minda kami melencong.Jadi apa benda yang lucu sekarang ini?Sewaktu pelajar itu meminta nombor telefon Wei Qi,dia cuba berbahasa inggeris.Bahasanya tidak salah namun penyebutannya yang dikatakan saya tadi yang membawa minda kami melencong.Pelajar itu telah pun berkata sedemikian " Can i have ur number porn also?" Perkara itu menjadi bahan lawak di antara kami sekumpulan namun kami tidaklah berniat untuk mempersendakan mereka kerana hanya penyebutannya yang lucu bagi kami.
Daripada lawatan ini,saya dapat tahu bahawa saya sebenarnya bukanlah seorang yang berani sangat kerana pada malam kedua saya telah terdengar bunyi besi yang kami(saya dan rakan,steffi) dengar datang daripada kamar mandi dan pantas sudah terbit siket rasa takut di hati.Disebabkan bunyi pelik dan menakutkan itu,saya terpaksalah mandi dengan langsir ditarik dan pintu terbuka.(tetapi saya tariklah segala langsir di ruang tidur yang memandang kamar mandi.Namun disebalik kelemahan itu,saya terperanjat apabila saya yang kurus tinggi ini yang juga boleh dikatakan "the centre of gravity" seperti dikatakan oleh Mr Naz kepada Hibri,dapat mendaki dengan lebih baik daripada si tinggi,Hibri.
DAN SOALANNYA:
Jika kamu seorang dayak,dan suatu hari kamu diberi tawaran untuk tinggal di bandar dan diberikan kemewahan yang berlimpah-ruah,adakah kamu akan menerima tawaran itu?mengapa?
Berakhir di sini sahaja.Selamat Malam dah assalamualaikum!
-Maria Liyana
(Wah! Banyak sungguh yang kamu pelajari tentang diri kamu yang sebelum ini kamu tidak ketahui. Syabas memang itulah salah satu tujuan mengapa kita melancong. Jika cikgu Dayak, diberikan gaji yang lumayan tetapi perlu mengubah cara hidup yang cikgu senangi..tentu-tentu cikgu tidak akan terima melainkan jika kehidupan sebagai Dayak tidak membawa apa-apa erti kepada cikgu...he..he...)
Gambar-gambar kamu menarik terutama ketam masak lada hitam)





















