Lawatan ke Kuching , Sarawak . - Shafikah
Saturday, 16 July 2011 05:51
0 comment(s)
Hari Pertama
Pada 30hb Jun 2011 , 59 pelajar menegah dua pergi ke Kuching , Sarawak . Saya adalah satu antara mereka yang pergi ke lawatan empat hari tiga malam itu . Kami pergi ke Sarawak dengan menaiki kapal terbang . Harapan saya menyertai lawatan ini adalah supaya saya lebih memahami cara kehidupan orang-orang yang mendiami di Sarawak .
Apabila kami tiba di Kuching , kami menaiki bas dan pergi ke Pusat Pemulihan Air Batu Kitang . Di sana , kami pelajari bagaimana penduduk-penduduk di Kuching mendapat bekalan air mentah mereka . Saya amat kecewa kerana kami tidak dapat berjalan-jalan di pusat pemulihan air itu akibat hujan lebat .
Selepas itu , kami pergi membeli-belah .
Kemudian , kami pergi memakan malam di Topspot Seafood Restaurant . Makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka !
Selepas memakan malam , kami pun menaiki bas untuk ke Damai Beach Hotel . Cikgu Naz memberi kami 'kunci' bilik kami . Nazirah adalah pelajar yang akan mengongsi bilik dengan saya . Hari pertama di Sarawak tidak begitu seronok kerana hujan turun sepanjang hari . Namun begitu , saya yakin hari kedua di Sarawak akan berjalan dengan lebih seronok .
Hari Kedua
Pada hari kedua di Sarawak , pertama sekali kami akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong selepas memakan sarapan yang enak di Cafe Satang di hotel . Saya tidak sabar untuk ke sana kerana aktiviti inilah yang saya menanti-nantikan .
Apabila saya tiba di sana , saya amat kagum akan permandangan yang boleh dilihat di sekolah itu . Sekolah itu terletak berdekatan dengan sebuah gunung yang bernama Santubong . Udara di sana sungguh segar dan dingin .
Kami pula pergi ke dalam kelas-kelas disana untuk berinteraksi dengan murid-murid di sana . Saya mendapat tahu bahawa mereka tidak gemar bermain internet . Mereka lebih suka bersukan ataupun menolong ibu mereka di rumah .
Kemudian , kami ke luar kelas mereka . Di sana , mereka mengajar kami memain permainan kegemaran mereka . Kami bersempatan untuk bermain permainan ini .
Selepas beralas perut di sekolah itu , kami pun pergi ke 'Sarawak Cultural Village' . Di sana , kami menonton sebuah persembahan yang membuat kami memahami budaya orang-orang asli di sana dengan lebih mendalam .
Sebelum kami pergi melihat rumah-rumah orang asli , kami makan tengah hari di Resteron Budaya .
Orang bidayuh membina jambatan menggunakan buluh . Kami diberikan kesempatan untuk cuba berjalan di jambatan ini .
Ini adalah rumah panjang orang bidayuh dan iban . Rumah mereka dibuat oleh buluh . Di lantai mereka terdapat lubang yang sengaja dibuat oleh orang bidayuh dan orang iban . Ini kerana mereka boleh melihat musuh mereka dari rumah mereka dan mereka boleh bertindak cepat dengan menuang air atau minyak panas ke atas musuh mereka .
Di sini adalah tempat mereka mengantung kepala musuh mereka yang mereka berjaya membunuh . Di bawah kepala-kepala itu , mereka harus menghidupkan api yang berterusan supaya roh musuh itu akan tenang . Lelaki bidayuh atau lelaki iban selalunya harus membunuh seorang musuh sebelum mereka kahwin . Kepala musuh mereka pula akan dibuatkan sebagai hantaran kepada isteri mereka . Orang Bidayuh dan Iban memburu kepala musuh mereka kerana dengan menunjukkan orang-orang kepala musuh itu , lelaki itu akan mendapat hormat dari orang ramai kerana dia seorang yang berani . Ramai perempuan juga akan ingin mengahwini lelaki itu kerana kepala musuh itu adalah tanda setia kepada isteri dan keluaga , serta bukti yang lelaki itu boleh melindungi keluarga dia apabila musuh tiba .
Ini adalah gambar sebuah rumah yang menarik perhatian saya .
Selepas itu , kami ke rumah orang Melanau . Orang melanau sangat popular akan jahitan mereka .
Lelaki ini adalah seorang iban . Tatu di tangan atau leher dia adalah bukti keberanian dia . Selepas membunuh seorang musuh dan menanggalkan kepala mereka , dia akan membuat tatu di tangan atau lehernya . Tatu ini harus dibuat setiap 3 bulan kerana warnanya boleh hilang .
Hari Ketiga
Hari lahir Maria jatuh pada hari ketiga kami berada di Sarawak ! =D
Pada hari ketiga , kami akan pergi treking di Gunung Santubong . Gunung ini berdekatan hotel yang kami diami . Saya nampak seekor ayam bersama anaknya sebelum kami masuk ke dalam hutan itu .
Ada pelbagai jenis benda yang saya nampak di hutan itu .
Selepas berjalan di dalam hutan selama tiga jam , kami pun berjalan pulang ke hotel untuk mandi sebelum pergi makan tengah hari .
Kami memakan tengah hari di tempat yang sungguh indah . Tempat ini berdekatan sebuah gunung dan laut . Tempat seindah ini tentu dapat saya lihat di Singapura .Selepas mengisi perut , kami ke muzium .
Kemudian , kami berjalan-jalan di bandar .
Untuk makan malam pula , kami makan di Hartz Chicken Buffet Restaurant . Makanan di sana lazat (=
Hari Keempat
Pada hari terakhir di Sarawak , kami ke pantai di tepi hotel untuk melakukan siasatan mengenai laut mereka .
Saya juga ada beli kek lapis untuk ibu saya semalam malam (=
Selepas penat melakukan siastan di pantai serta matahari yang terik , kami menaik bas bersama beg-beg kami .
Tempat seterusnya adalah Pusat Kehidupan Liar Semenggoh . Di sana , mereka menjaga buaya dan orang utan kerana mereka dalam bahaya kepupusan .
Lawatan ini telah banyak mengajar saya tentang kehidupan dan budaya orang di Sarawak . Bukan itu sahaja , saya juga pelajar akan binatang dan tumbuhan-tumbuhan yang ada di sana .
1) Budaya manakah yang membina rumah mereka menggunakan buluh ?
2) Mengapakah lelaki iban menanggalkan kepala musuh mereka selepas membunuh mereka ?
3) Selepas seorang lelaki iban menanggalkan kepala musuh mereka , kenapakah mereka harus menghidupkan api yang berterusan di bawah kepala yang digantung di rumah mereka?
(Syafikah cikgu dapat rasakan keseronokan kamu berada di sana dan menimba pengalaman-pengalaman baru. Luas perjalanan luas pemikiran. Gambar-gambar kamu menarik. Selamat hari lahir Liyana :):)
(Syafikah cikgu dapat rasakan keseronokan kamu berada di sana dan menimba pengalaman-pengalaman baru. Luas perjalanan luas pemikiran. Gambar-gambar kamu menarik. Selamat hari lahir Liyana :):)





