Suatu Lawatan Yang Amat Bermakna...
Sunday, 17 July 2011 02:55
0 comment(s)
30 Jun 2011...
Tanggal ini akan kekal segar dalam ingatanku buat selama-lamanya. Inilah kali pertama saya diberi peluang emas untuk melawat negeri-negeri Melaka dan Selangor di Malaysia bersama warga-warga sekolah saya. Oleh sebab, saya merupakan warganegara Malaysia, sudah tentu saya pernah mengunjungi tempat-tempat berikut bersama keluarga sebelum ini. Akan tetapi, saya memang tidak sabar untuk melihat tanah air melalui perspektif baharu, perspektif rakan-rakan sebatiku yang berasal dari Singapura.
Selepas kira-kira empat jam, termasuk berehat sekejap di Johor untuk merengang kaki dan lengan, kami tiba di destinasi pertama kami, iaitu kota Melaka ataupun dikenali sebagai "Kota Sejarah" dan juga diberi anugerah UNESCO World Heritage Site beberapa tahun lepas.
Saya begitu terpegun dengan keindahan dan keunikan kota ini. Kami dibawa di sekeliling kota oleh pemandu kami, Mr Singh, dan berpeluang melihat banyak perkara yang tidak dapat dilihat di bandar-bandar seperti Singapura ataupun di Johor Bahru. Antaranya ialah gerai-gerai kecil menjual kasut bermanik serta yang menjual kuih nanas yang lazat.
Malangnya, kami tidak mempunyai masa untuk merasai kelazatan kuih-kuih tersebut :(
Selepas menikmati makan tengah hari yang begitu unik sekali, kami menyambung semula. Kami sempat melihat penunggang "rickshaw" di sekeliling kota. "Rickshaw" ini dihias dengan bunga yang cantik sekali dan menarik perhatian.
Saya juga kagum melihat mural di dinding bangunan dan gerai yang tidak pernah saya lihat di tempat lain. Ia menggambarkan sejarah Melaka di bawah pemerintahan dan juga tentang cerita rakyat Melaka, seperti lagenda Hang Tuah, yang begitu menarik.
Kemudian, kami pun ke Gereja St.Francis Xavier di mana Mr Singh menceritakan kisah St. Francis Xavier yang benar-benar menakjubkan dan menyeramkan.
Setelah penat bersiar-siar, kami diberi peluang menaiki feri untuk melihat seluruh kota dari Sungai Melaka yang terkenal.
Saya berasa sungguh gembira dan lega untuk merehatkan kaki selepas berjalan di bawah sinrana matahari yang terik serta menikmati pemandangan yang indah bersama rakan-rakan.
Selepas menjamu selera di sebuah Restoran Peranakan, kami pun bertolak ke Hotel Concorde di Shah Alam dengan perut yang kenyang dan kelopak mata yang berat.
1 Julai 2011...
Masjid Biru Shah Alam, ataupun dikenali dengan gelaran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan destiansi pertama kami di Shah Alam. Keunikan masjid ini berbanding dengan masjid-masjid lain di Malaysia adalah warnanya yang biru dan perak. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di negara.
Walaupun saya bukan seorang penganut Islam, saya masih dapat menghayati keindahan masjid tersebut yang benar-benar menakjubkan pada pendapat saya.
Selepas itu, kami pun bertolak ke Bangunan IADA untuk menambah ilmu pengetahuan tentang penanaman padi dan sumbangannya kepada ekonomi Malaysia.
Akan tetapi, sementara menunggu giliran kami untuk memasuki auditorium di situ, kami disambut oleh tetamu yang tidak dijangka...
Kami berpeluang bermain dengan anak kucing yang begitu comel dan gebu sementara menghabiskan masa lapang :)
Selepas itu, kami pun bertolak ke sebuah restoran makanan laut tidak jauh dari situ untuk memuaskan kelaparan kami.
Saya tidak dapat mengawal gelak ketawa saya melihat kerenah rakan-rakan saya yang cuba sedaya upaya untuk memecah cengkerang ketam dengan menggunakan penukul. Walaupun tidak berjaya menikamati ketam tersebut, gelak ketawa kami semua masih ternginang-ngiang di telinga :)
Apabila selesai menikmati makan tengah hari, kami pun ke Tanjong Karang akhirnya untuk melihat dan menanam tumbuhan padi.
Yang paling seronok bagi saya adalah pengalaman kami menanam padi di sawah yang berlumpur dan menjijikkan. Semasa menanam padi itu, saya sedar akan kesusahan yang dihadapi oleh petani padi untuk menanam tumbuhan di bawah pancaran matahari yang terik, setiap hari.
Setelah selesai dengan tugas menanam padi, kami pulang ke bandar Shah Alam untuk menjamu selera. Kami juga telah dibawa oleh Mrs Woo dan guru-guru lain ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli aiskrim...LAZATNYA!
Akhirnya, kami pun pulang ke hotel untuk melelapkan mata dan bersedia untuk hari ketiga kami...
2 Julai 2011...
Hari terakhir kami di Malaysia...
Kesedihan menyelubungi diri saya kerana saya enggan melepaskan lawatan dan pengalaman menarik selama dua hari ini.
Kami dibawa ke FRIM ataupun "Forest Reserve Institute Malaysia" untuk mengetahui lebih tentang pelbagai jenis spesis flora dan fauna yang unik kepada Malaysia.
Banyak ilmu tentang hutan lipur di Malaysia telah saya peroleh daripada ekspedisi kami di hutan serta muzium flora dan fauna di situ.
Akhirnya, tibalah masa kami mengucapkan selamat tinggal kepada bandar diraja Shah Alam. Saya menahan sebak di dada apabila menaiki bas untuk pulang ke Singapura.
Banyak yang telah saya peroleh daripada lawatan sambil belajar ke Malaysia. Yang pertama sekali, saya berjaya melihat keindahan tanah air saya melalui mata baharu dan dapat menghayati persamaannya dengan Singapura. Saya juga telah menyedari kesukaran yang dihadapi oleh petani danpeladang di Tanjong Karang. Mereka banyak berkorban masa dan tenaga untuk menyara hidup mereka bagi "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Jasa mereka terhadap memang harus dihargai. Dan yang akhir sekali, saya sedar bahawa rakan-rakan sekelas saya memang merupakan individu yang tentu akan kekal sebagai rakan-rakan sejati buat selama-lamanya. Selama lawatan ini, kami telah menjadi lebih rapat dan pengalaman yang telah saya alami bersama mereka tidak ternilai bagi saya.
Saya amat berharap agar sekolah akan menganjurkan suatu lawatan sebegini pada masa hadapan! :D
2) Mengapakah penanaman padi di Malaysia dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting?
3) Pada pendapat anda, mengapakah nilai persahabatan amat penting dalam hidup?
Dibuat Oleh: Sanjna, 2 Commitment :)
Sajna, terhibur cikgu baca pengalaman kamu. "Rickshaw pullers" ialah penarik beca. Gambar-gambar yang kamu pilih, menggambarkan suasana riang dan menarik.




