Tugasan Hujung Minggu
Tuesday, 10 April 2012 08:22
0 comment(s)
Soalan: Apa yang boleh dilakukan oleh keluarga agar warga emas kekal aktif?
Pertama sekali,ahli keluarga boleh meluangkan masa bersama mereka(warga emas). Contohnya bersiar-siar dengan bercuti bersama keluarga atau membawa mereka beriadah di pantai. Dengan ini, warga emas tidak akan terkurung di dalam rumah mereka dan berasa bosan. Oleh kerana warga emas ini sudah lanjut usia, mereka lebih mudah untuk mendapat penyakit seperti 'osteoporosis', masalah pendengaran dan sebagainya. Oleh itu,keluarga digalakkan untuk meluangkan masa dengan warga emas untuk merapatkan silaturrahim antara mereka dan juga dapat membawa kesan positif kepada moral warga emas tersebut kerana mereka tidak akan berasa bahawa mereka tidak berguna kerana keluarga mampu meluangkan masa bersama mereka.
Selanjutnya, keluarga juga dapat memainkan peranan dalam memastikan warga emas kekal aktif melalui mengamalkan pemakanan yang sempurna serta senaman yang mencukupi. Warga emas kini kebanyakkan sudah bersara dan tidak bekerja. Mereka akan cepat berasa bosan dan untuk menghilangkan perasaan bosan contohnya nenek saya, akan menonton televisyen drama atau makan masakkannya tiap-tiap hari. Namun, ini tidak sihat! Oleh itu, saya menggalakkan keluarga untuk bermula menjaga pemakanan mereka dan memilih makanan yang lebih sihat serta berkhasiat bersama warga emas. Dengan itu, warga emas tidak akan lebih jatuh sakit kepada penyakit-penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Dengan melakukan senaman yang mencukupi, warga emas dapat mencergaskan badan serta mencerdaskan minda mereka. Mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia!
Kemudian, keluarga juga dapat membawa warga emas ke kelab masyarakat. Melalui ini, warga emas dapat mendamba ilmu mereka dengan mendaftar diri mereka untuk pelbagai kursus-kursus yang ada seperti kursus memasak atau menjahit.Warga emas dapat meraih pengalaman baru dan kehidupan yang lebih gembira. Selain itu, warga emas juga dapat bersembang bersama kawan-kawan mereka dan tidak akan berasa bosan. Contohnya, keluarga membeli kad PASSion untuk warga emas supaya mereka dapat mendaftarkan diri mereka untuk kursus-kursus dengan harga yang lebih murah. Warga emas tidak akan berasa segan untuk ke kelab masyarakat sekarang!
-Nur Fatimah 3Rsp^. _.^ ~meow