Tuesday, 17 April 2012 05:37
0 comment(s)
Warga emas di singapura menghadapi bermacam-macam masalah.Misalnya,ada orang-orang tua yang tidak bernasib baik dan setelah menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh,mereka dihantar ke rumah tumpangan orang-orang tua apabila anak-anak mereka sudah berjaya.Selain itu ada daripada mereka yang tidak mempunyai anak dan disebabkan kos pembelanjaan di Singapura yang sangat tinggi mereka terpaksa bekerja walaupun sudah berlanjut usia.Disebabkan usia mereka mereka terpaksa membuat kerja-kerja yang bergaji rendah.Kajian mengatakan bahawa 37.5 % daripada warga emas yang bekerja walaupun mereka sudah lebih tua daripada 62 tahun,bekerja sebagai penyapu sampah dan pekerjaaan yand sebegitu.Media mass telah mengambil beberapa langkah untuk mentangani isu-isu ini.Misalnya baru-baru ini MCYS telah mengadakan kempen mengalakkan anak-anak menjaga anak mereka.Dalam kempen ini sebuah iklan telah ditayangkan di televisyen.Iklan ini mendapat respons yang sangat mengalakkan.Selain itu banyak iklan yang lain tentang warga emas juga ditayangkan di televisyen.Selain iklan cerita- cerita daripada zaman nenek-moyang kami juga lebih kerap ditayang di televisyen.Cerita-cerita ini menghiburkan hati warga emas itu dan juga menolong minda mereka untuk lebih aktif.
-Tarif




