Monday, 9 April 2012 23:46 0 comment(s)

Satu pogram dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendidik para pelajar tentang apa yang dilakukan agar warga emas kekal aktif ialah untuk mengadakan kelas pendidikian moral. Dengan mengadakan kelas seperti ini, para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana warga emas boleh kekal aktif. Selain daripada itu, mereka boleh belajar bagaimana untuk menghormati keperluan warga-warga emas. Para pelajar harus memahami perasaan dan keupayaan warga emas itu juga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kekal aktif.

Selain daripada itu, pihak sekolah boleh menunjukkan video-video yang dapat membuat para pelajar menyedari keperluan dan keupayaan warga emas. Jika warga emas tidak kekal aktif, mereka lebih senang untuk mendapat penyakit nyanyok. Untuk mencegah perkara itu daripada berlaku, warga emas harus sentiasa kekal aktif supaya badan mereka cergas dan minda mereka cerdas.

Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan aktivti seperti lawatan ke rumah tumpangan orang-orang tua. Dengan membiarkan para pelajar berinteraksi dengan warga emas yang ada di situ, mereka dapat memahami hidup seharian mereka dengan lebih mendalam. Para pelajar juga boleh menyaksikan aktiviti-aktiviti senaman yang dijalankan untuk warga emas yang ada di rumah tumpangan tersebut.

Akhirnya, guru-guru boleh memberikan projek atau memberi karangan yang ada kena mengena dengan warga emas. Ini akan mengalakkan para pelajar untuk membuat kajian tentang bagaimana warga emas kekal aktif.

-SHAFIKAH

← older newer →