Tugasan Hujung Minggu - 9 April
Monday, 9 April 2012 07:11 0 comment(s)

Soalan diberi : Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh masyarakat (badan bantu diri) dan jiran bagi warga emas kekal aktif .


  Masyarakat kini telah menyediakan pelbagai aktiviti - aktiviti untuk para warga emas seperti kelas - kelas TaiChi atau Qigong yang boleh didapati di kelab masyarakat. Justeru, aktiviti - aktiviti itu dapat mencerdaskan minda - minda mereka dan juga mencergaskan badan - badan mereka. Tambahan pula, warga - warga tua yang menyertai aktiviti -aktiviti ini dapat menghindarkan diri daripada penyakit - penyakit yang menyebabkan seorang itu menjadi nyanyok seperti penyakit Alzehimer . Dengan kelas - kelas senaman ringan ini tersedia di kelab - kelab masyarakat berdekatan warga - warga tua itu, mereka boleh mendaftarkan diri mereka tanpa menyusahkan diri mereka.


  Jiran - jiran juga mempunyai peranan yang agak penting apabila mereka berjiranan dengan warga - warga emas ini. Kelakuan mereka juga dapat membuat warga - warga emas ini menjadi aktif secara mental. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu menegur sapa dan bertanya khabar dengan warga - warga emas ini setiap hari, warga -warga emas ini akan berfikir untuk menjawab soalan - soalan mereka. Justeru, minda mereka akan sentiasa berfikir dan bukan sahaja terkurung.


 Kesimpulannya, masyarakat kita menyediakan kelas - kelas yang dapat membuat warga - warga emas kita menjadi aktif secara fizikal and mental jika mereka menyertai kelas - kelas ini. Tidak ketinggalan pula, jiran - jiran kini boleh melibatkan diri dalam berkomunikasi dengan warga - wagra emas ini supaya mereka akan menjadi aktfi secara mental pula . Semua lapisan masyarakat juga dapat menjalankan peranan mereka untuk menyokong warga - warga emas ini untuk mempunyai hidup yang aktif walaupun waktu memamah usia mereka.


~ Nurul Kaiyisah (9) 
   3Commitment ^___^V

← older newer →