SOALAN 5
Monday, 9 April 2012 05:05
0 comment(s)
Satu program dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendidik para pelajar tentang apa yang boleh dilakukan agar warga emas kekal aktif ialah untuk mengadakan perkhidmatan pembelajaran ke rumah tumpangan warga emas. Para pelajar harus membuat sebuah aktiviti dimana meraka harus berinteraksi dengan warga emas. Dengan membuat sedemikian, para pelajar dapat mendengar luahan hati warga emas itu. Oleh itu mereka dapat memahami keadaan dan kehidupan tentang orang lain serta memahami perasaan warga emas . Selepas mereka memahami , mereka boleh merancang aktiviti selanjutnya dan berinteraksi bersama warga emas dengan lebih baik. Mereka boleh melakukan kegiatan jasmani, membuat kraft tangan, membawa mereka bersiar-siar atau beriadah dan lain-lain supaya mereka kekal aktif.
Selain itu, pihak sekolah boleh memberitahu para pelajar tentang bertapa pentingnya untuk memastikan bahawa warga emas harus kekal aktif. Kalau tidak, warga emas akan rasa kesunyian dan ini akan mendatangkan stres. Ini kemudian akan menyebabkan mereka menjadi nyanyuk. Pihak sekolah harus memberi saranan untuk memastikan bahawa datuk dan nenek mereka kekal aktif. Pelajar boleh mengajak datuk nenek mereka pergi beriadah bersama-sama. Setiap pagi mereka juga boleh mengajak datuk nenek mereka untuk bersenam dan bersiar-siar. Mereka boleh mendaftarkan datuk nenek mereka ke dalam kelas yang mereka minati seperti tarian, masakan dan lain-lain.
-Sabrina




