Tugasan Hujung Minggu
Sunday, 8 April 2012 08:54
0 comment(s)
Soalan:Apa yang telah dan boleh dilakukan oleh media massa untuk menggalakkan warga emas kekal aktif?
Pihak pemerintah telah pun menubuhkan dua pertubuhan iaitu Kementerian Pembangunan Masyarakat untuk Belia & Sukan(MCYS) dan juga Lembaga promosi kesihatan(HPB).Bagi menggalakkan warga emas kekal aktif,MCYS sebenarnya lebih cenderung dalam penjagaan ibu bapa kita dan bagaimana untuk menjaga mereka dengan baik.Banyak iklan-iklan kekeluargaan telah dimainkan pada keempat-empat saluran television Mediacorp yang disokong oleh pihak MCYS.Namun apa kaitan MCYS dengan soalan yang ditanyakan?MCYS sebenarnya,jika didalami lagi,dalam diam membantu warga emas untuk menjalani kehidupan yang sihat walafiat.Lantas mereka membawa warga emas ini semua ke peringkat yang lebih atas dan dekat lagi dalam mencapi kehidupan yang aktif kerana sememangnya seseorang itu haruslah sihat dahulu barulah dia boleh melalui kehidupan yang aktif.
Kini barulah datangnya HPB di mana lembaga ini juga mengeluarkan iklan untuk tontonan rakyat.Contohnya iklan yang menggalakkan segolongan dewasa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan penyakit-penyakit yang tanpa kita sedari ada dalam badan kita.Terdapat juga iklan yang menggalakkan warga emas untuk bersenam selama 150 minit setiap minggu.Malah bukan warga emas sahaja yang digalakkan,tetapi semua orang.
Akhir sekali pada pendapat saya,kita juga harus berusaha dan memberi sokongan kepada ibu bapa kita dan warga emas yang lain agar sentiasa kekal aktif malah individu itu sendiri juga harus berusaha untuk memberi kerjasama.
Ini ada beberapa video yang telah saya jumpai untuk dibuat tontonan rakan-rakan dan guru semua :)
selamat menonton!
Ini sahaja dari saya,
Maria Liyana
ps;video yang number dua itu amat menyentuh hati




